TEKS BAHASA ARAB
أجيفوا أبوابكم واكفئوا آنيتكم وأوكوا أسقيتكم وأطفئوا سرجكم، فإنه لم يؤذن لهم بالتسور عليكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tutuplah pintu-pintu rumah kamu, simpanlah bekas makanan kamu, tutuplah bekas minuman kamu dan padamkanlah pelita-pelita kamu, kerana sesungguhnya dengan cara itu tidak diizinkan kepada mereka (syaitan) untuk memasuki rumah kamu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 184, hadis nombor 942. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أجيفوا أبوابكم واكفئوا آنيتكم وأوكوا أسقيتكم وأطفئوا سرجكم، فإنه لم يؤذن لهم بالتسور عليكم)). [حم، ((الضعيفة)) (1831)]
(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tutuplah pintu-pintu rumah kamu, simpanlah bekas makanan kamu, tutuplah bekas minuman kamu dan padamkanlah pelita-pelita kamu, kerana sesungguhnya dengan cara itu tidak diizinkan kepada mereka (syaitan) untuk memasuki rumah kamu.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1831]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.