Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أجيفوا أبوابَكُم واكْفِئُوا آنِيتكم وأوْكُوا أسقِيتكم وأطفِئوا سُرُجَكُم، فإنه لم يُؤْذَنْ لهم بالتَّسَور عليكم.
Teks Bahasa Melayu
Tutuplah pintu-pintu rumah kamu, simpanlah bekas makanan kamu, tutuplah bekas minuman kamu dan padamkanlah pelita-pelita kamu, kerana sesungguhnya dengan cara itu tidak diizinkan kepada mereka (syaitan) untuk memasuki rumah kamu.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 184, hadis no. 942. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((أجيفوا أبوابكم واكفئوا آنيتكم وأوكوا أسقيتكم وأطفئوا سرجكم، فإنه لم يؤذن لهم بالتسور عليكم)). [حم، ((الضعيفة)) (1831)]
(Daif) Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tutuplah pintu-pintu rumah kamu, simpanlah bekas makanan kamu, tutuplah bekas minuman kamu dan padamkanlah pelita-pelita kamu, kerana sesungguhnya dengan cara itu tidak diizinkan kepada mereka (syaitan) untuk memasuki rumah kamu. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1831]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman