Terdapat pelbagai jalur riwayat
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سُدُّوا الأَبْوَابَ إِلا بَابَ عَلِيٍّ.
Teks Bahasa Melayu
Tutuplah kesemua pintu melainkan pintu Ali.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Saad
- Umar RA
- Zaid bin Arqam
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat pelbagai jalur riwayat
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
“Tutuplah kesemua pintu melainkan pintu Ali.” Ia diriwayatkan daripada Hadith Sa’ad, Umar, Zaid Bin Arqam dan Ibn ‘Abbas. Ia dinilai sebagai cacat kerana bercanggah dengan hadith yang disepakati akan kesahihannya melainkan berkenaan pintu Abu Bakar. Hadith ini adalah rekaan syiah Rafidhah. Dalam sanad-sanadnya terdapat pendusta, perawi yang majhul dan perawi yang munkar. Ibn Hajar berkata: Aqdam menolak hadith-hadith yang sahih hanya semata-mata kerana ada keraguan yang tiada asas. Dalam kitab al-La’ali menyebut bahawa ia adalah hadith yang masyhur. Ia mempunyai jalur periwayatan yang pelbagai yang mana setiap jalur tersebut tiada yang rendah dari darjat hassan dan kesemua jalur tersebut apabila dikumpulkan boleh dikatakan bahawa hadith tersebut adalah sahih. Dalam kitab al-Wajiz menyebut bahawa al-Tahawi telah menggabungkan di antara hadith ini dengan hadith al-Sahihain bahawa kisah Ali adalah berkenaan pintu-pintu di jalanan. Beliau mempunyai keizinan untuk melintasi melepasi masjid dalam keadaan berjunub dan kisah Abu Bakar adalah berkenaan sakit yang menyebabkan kewafatan beliau. Ia berkenaan menutup pintu keramaian kerana orang ramai hampir kesemuanya mahu masuk menemui beliau. Perawi yang dikrtitik sama ada berperanan sebagai mutabi’ (sokongan) ataupun dinilai thiqah oleh ulama lain. Sebahagian riwayatnya mempunyai jalur lain yang sahih. al-Hakim menilai hadith Sa’ad sebagai hadith sahih dan bukan seorang yang meriwayatkannya.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman