Tutuplah kepalamu daripada pandangan manusia walau dengan hanya seurat benang

TEKS BAHASA ARAB

غط رأسك من الناس، وإن لم تجد إلا خيطا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tutuplah kepalamu daripada pandangan manusia, jika kamu tidak mendapati sebarang kain, tutuplah walau hanya dengan seurat benang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1634, hadis nombor 8263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن زيد بن ثابت – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((غط رأسك من الناس، وإن لم تجد إلا خيطا)). [عق، ابن الجوزي في ((الأحاديث الواهية))، ((الضعيفة)) (5672)].

(Palsu)
Daripada Zaid bin Thabit RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tutuplah kepalamu daripada pandangan manusia, jika kamu tidak mendapati sebarang kain, tutuplah walau hanya dengan seurat benang.))[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn al-Jawzi dalam al-Ahadis al-Wahiyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5672].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs