Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
غَطَّ رأسَكَ من الناس، وإنْ لَمْ تَجِدْ إلا خَيطًا.
Teks Bahasa Melayu
Tutuplah kepalamu daripada pandangan manusia, jika kamu tidak mendapati sebarang kain, tutuplah walau hanya dengan seurat benang.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Thabit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1634, hadis no. 8263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن زيد بن ثابت - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((غط رأسك من الناس، وإن لم تجد إلا خيطا)). [عق، ابن الجوزي في ((الأحاديث الواهية))، ((الضعيفة)) (5672)]
(Palsu) Daripada Zaid bin Thabit RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tutuplah kepalamu daripada pandangan manusia, jika kamu tidak mendapati sebarang kain, tutuplah walau hanya dengan seurat benang.)) [Riwayat al-’Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn al-Jawzi dalam al-Ahadis al-Wahiyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5672]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman