Turutilah antara haji dan umrah, kerana penurutan antara keduanya itu akan menambahkan ajal dan rezeki

TEKS BAHASA ARAB

تابعوا بين الحج والعمرة، فإن متابعة بينهما يزيدان في الأجل والرزق، وينفيان الفقر كما ينفي الكير الخبث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Turutilah antara haji dan umrah, kerana penurutan antara keduanya itu akan menambahkan ajal dan rezeki, dan ia menafikan kefakiran seperti mana alat tiupan tukang besi menghilangkan kotoran besi.

STATUS

Munkar dengan penambahan “ajal dan rezeki”

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 763, hadis nombor 3891. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بالزيادة: ((الأجل والرزق))) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه،- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((تابعوا بين الحج والعمرة، فإن متابعة بينهما يزيدان في الأجل والرزق، وينفيان الفقر كما ينفي الكير الخبث)).
[حم، هب، الحميدي، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6753)]

(Munkar dengan penambahan “ajal dan rezeki”) Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Turutilah antara haji dan umrah, kerana penurutan antara keduanya itu akan menambahkan ajal dan rezeki, dan ia menafikan kefakiran seperti mana alat tiupan tukang besi menghilangkan kotoran besi.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Humaidi dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib,. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6753]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.