Munkar Dengan Tambahan “ajal dan rezeki”
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ؛ فَإِنَّ مُتَابَعَةً بَيْنَهُمَا يَزيدانِ في الأجل والرزقِ، وينفيان الْفَقْرَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ الْخَبَثَ.
Teks Bahasa Melayu
Turutilah antara haji dan umrah, kerana penurutan antara keduanya itu akan menambahkan ajal dan rezeki, dan ia menafikan kefakiran seperti mana alat tiupan tukang besi menghilangkan kotoran besi.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Tambahan “ajal dan rezeki”
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 763, hadis no. 3891. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بالزيادة: ((الأجل والرزق))) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه،- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((تابعوا بين الحج والعمرة، فإن متابعة بينهما يزيدان في الأجل والرزق، وينفيان الفقر كما ينفي الكير الخبث)). [حم، هب، الحميدي، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6753)]
(Munkar dengan penambahan “ajal dan rezeki”) Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Turutilah antara haji dan umrah, kerana penurutan antara keduanya itu akan menambahkan ajal dan rezeki, dan ia menafikan kefakiran seperti mana alat tiupan tukang besi menghilangkan kotoran besi. [Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Humaidi dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib,. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6753]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman