Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
انزِلا فكُلا من جِيفةِ هذا الحمارِ فما نِلْتُما منْ عِرضِ أخيكُما آنفًا أشدُّ منْ أكلٍ منهُ، والذي نفسي بيدهِ ! إنهُ الآنَ لفي أنهارِ الجنةِ ينغمِسُ فيها.
Teks Bahasa Melayu
Turunlah kamu dan makanlah bangkai keldai ini sesungguhnya perbuatan kamu bercakap tentang maruah saudara kamu tadi lebih dahsyat dari kamu memakan (bangkai keldai). Demi jiwaku yang berada di tanganNya.! Sesungguhnya dia sekarang berada di sungai-sungai syurga dan berenang-renang di dalamnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 787, hadis no. 4044. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة يقول:" جاء الأسلمي نبي الله صلى الله عليه وسلم فشهد على نفسه أنه أصاب امرأة حراما أربع مرات كل ذلك يعرض عنه، فأقبل في الخامسة فقال: أنكتها؟ قال: نعم، قال: حتى غاب ذلك منك في ذلك منها؟ قال: نعم، قال: كما يغيب المرود في المكحلة والرشاء في البئر؟ قال: نعم، قال: فهل تدري ما الزنا؟ قال: نعم؛ أتيت منها حراما ما يأتي الرجل من امرأته حلالا، قال: فما تريد بهذا القول؟ قال: أريد أن تطهرني، فأمر به فرجم، فسمع النبي صلى الله عليه وسلم رجلين من أصحابه يقول أحدهما لصاحبه: انظر إلى هذا الذي ستر الله عليه، فلم تدعه نفسه حتى رجم رجم الكلب، فسكت عنهما، ثم سار ساعة حتى مر بجيفة حمار شائل برجله فقال: أين فلان وفلان؟ فقالا: نحن ذان يا رسول الله! قال انزلا فكلا من جيفة هذا الحمار فما نلتما من عرض أخيكما آنفا أشد من أكل منه، والذي نفسي بيده! إنه الآن لفي أنهار الجنة ينغمس فيها. [د، هق، ((الضعيفة)) (2957)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Al-Aslami datang berjumpa Rasulullah SAW dan bersaksi bahawa dia telah berzina dengan seorang perempuan empat kali. Dia datang lagi untuk kali kelima dan baginda bersabda: “Engkau bersetubuh dengannya?” Dia berkata: Ya. Baginda bersabda lagi: “Sehingga hilang bahagian dari tubuhmu ke dalam tubuhnya?” Dia berkata: Ya. Baginda bersabda lagi: “Seperti batang celak ke dalam botolnya dan seperti timba ke dalam telaga?” Dia berkata: Ya. Dia berkata: “Adakah engkau mengetahui apa itu zina?” Dia berkata: Ya. Aku mendatanginya secara haram sedangkan seorang lelaki mendatangi isterinya secara halal. Baginda bersabda: “Apa yang engkau mahukan dari kata-katamu ini? Dia berkata: Aku mahu engkau membersihkan aku, lalu dia dipegang dan direjam. Lalu Nabi SAW mendengar dua orang lelaki dari sahabatnya berkata sesama sendiri: Tengoklah kepada orang ini yang telah ditutup keaibannya oleh Allah, namun dia membiarkan dirinya sehingga dia direjam dengan rejaman anjing. Lalu baginda terdiam dengan mereka berdua. Kemudian berlalu seketika sehingga baginda melewati bangkai keldai dengan kakinya dan bersabda: “Di manakah fulan dan fulan? Lalu mereka berdua berkata: Kami di sini wahai Rasulullah! Baginda bersabda: “Turunlah kamu dan makanlah bangkai keldai ini sesungguhnya perbuatan kamu bercakap tentang maruah saudara kamu tadi lebih dahsyat dari kamu memakan (bangkai keldai). Demi jiwaku yang berada di tanganNya.! Sesungguhnya dia sekarang berada di sungai-sungai syurga dan berenang-renang di dalamnya.” [Riwayat Abu Daud dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2957]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman