Tuntutlah kebaikan (sepanjang) tahun kamu, dan larilah daripada api neraka dengan bersungguh-sungguh

TEKS BAHASA ARAB

اطلبوا الخير دهركم، واهربوا من النار جهدكم، فإن الجنة لا ينام طالبها، وإن النار لا ينام هاربها، وإن الآخرة محففة بالمكاره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuntutlah kebaikan (sepanjang) tahun kamu, dan larilah daripada api neraka dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya penuntut syurga itu tidak tidur dan neraka itu orang yang melarikan diri daripadanya juga tidak. Sesungguhnya akhirat itu diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 32, hadis nombor 116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((اطلبوا الخير دهركم، واهربوا من النار جهدكم، فإن الجنة لا ينام طالبها، وإن النار لا ينام هاربها، وإن الآخرة محففة بالمكاره)).
[البيهقي في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (2488)]

(Sangat Lemah) Daripada A’isyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW ): Tuntutlah kebaikan (sepanjang) tahun kamu, dan larilah daripada api neraka dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya penuntut syurga itu tidak tidur dan neraka itu orang yang melarikan diri daripadanya juga tidak. Sesungguhnya akhirat itu diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2488]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.