Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اطلُبوا الخيرَ دهرَكم، واهرُبوا منَ النَّارِ جَهدَكُم، فإنَّ الجنَّةَ لا ينامُ طالبُها، وإنَّ النَّارَ لا ينامُ هاربُها، وإنَّ الآخرةَ محفَّفةٌ بالمكارهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tuntutlah kebaikan (sepanjang) tahun kamu, dan larilah daripada api neraka dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya penuntut syurga itu tidak tidur dan neraka itu orang yang melarikan diri daripadanya juga tidak. Sesungguhnya akhirat itu diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 32, hadis no. 116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((اطلبوا الخير دهركم، واهربوا من النار جهدكم، فإن الجنة لا ينام طالبها، وإن النار لا ينام هاربها، وإن الآخرة محففة بالمكاره)). [البيهقي في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (2488)]
(Terlalu Daif) Daripada A’isyah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW ): Tuntutlah kebaikan (sepanjang) tahun kamu, dan larilah daripada api neraka dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya penuntut syurga itu tidak tidur dan neraka itu orang yang melarikan diri daripadanya juga tidak. Sesungguhnya akhirat itu diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci. [Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2488]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman