Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Tuntutlah ilmu walaupun ke negara China

Teks Bahasa Arab

اطلُبوا العلمَ ولو بالصِّينِ.

Teks Bahasa Melayu

Tuntutlah (Carilah) ilmu walaupun ke negara China.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1229, hadis no. 6255. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: اطلبوا العلم ولو بالصين. [عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن عليك النيسابوري في ((الفوائد))، أبو القاسم القشيري في ((الأربعين))، خط، وفي ((كتاب الرحلة))، هق في ((المدخل))، ابن عبد البر في ((جامع بيان العلم))، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (416)].

(Batil) Daripada Anas RA secara marfu': Tuntutlah (Carilah) ilmu walaupun ke negara China. [Riwayat Ibn 'Adi, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn 'Alaik al-Naisaburi dalam al-Fawaid, Abu al-Qasim al-Qushairi dalam al-Arba'in, al-Khatib al-Baghdadi, juga dalam Kitab al-Rihlah, al-Baihaqi dalam al-Madkhal, Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm, al-Dhiya' dalam al-Muntaqa Min Masmu'atihi Bi Murru. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 416].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.