Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu satu kefarduan bagi setiap muslim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اطلبوا العلم ولو بالصين فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu satu kefarduan bagi setiap muslim.

STATUS

Lemah bahkan batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«اطْلُبُوا الْعلم وَلَو بالصين» لِابْنِ عدي وَالْبَيْهَقِيّ لَفظه مَشْهُور وَأَسَانِيده ضَعِيفَة. وَفِي الْمَقَاصِد بِزِيَادَة «فَإِن طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسلم» وَقَالَ ضَعِيف بل قَالَ ابْن حَيَّان بَاطِل لَا أصل لَهُ وَذكره ابْن الْجَوْزِيّ فِي الموضوعات وَكَذَا نقل فِي اللآلئ عَن ابْن حَيَّان قَالَ فِي إِسْنَاده مضعفون قَالَ ووثق بعض وَفِي الْوَجِيز هُوَ عَن أنس وَفِيه أَبُو عَاتِكَة مُنكر الحَدِيث.

Maksudnya: “Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China.” Ia diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiyy dan Al-Baihaqi. Lafaznya masyhur sedangkan sanad-sanadnya lemah.
Dan dalam kitab al-Maqasid dengan tambahan: “kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu satu kefarduan bagi setiap muslim.”
Imam Al-Sakhawi mengatakan bahawa ia adalah hadis yang dhaif. Bahkan Ibn Hayyan mengatakan ianya adalah hadis yang batil dan tiada asal bagi hadis tersebut. Ibn Al-Jawzi menyebut hadis ini dalam kitabnya Al-Maudu’at. Begitu yang dinukilkan pandangan Ibn Hayyan dalam kitab Al-La’ali. Beliau berkata: Dalam sanadnya terdapat perawi-perawi yang dhaif. Beliau juga mengatakan bahawa sebahagian ulama menilai mereka sebagai thiqah.
Dalam kitab Al-Wajiz: Hadis ini diriwayatkan daripada Anas. Dalam sanad tersebut terdapat perawi yang bernama Abu ‘Atikah. Beliau ialah perawi yang meriwayatkan hadis-hadis yang Munkar.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.