Lemah bahkan batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اطلُبُوا العِلْمَ ولو بالصِّينِ فَإِن طَلَبَ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسلم
Teks Bahasa Melayu
Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu satu kefarduan bagi setiap muslim.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Lemah bahkan batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«اطْلُبُوا الْعلم وَلَو بالصين» لِابْنِ عدي وَالْبَيْهَقِيّ لَفظه مَشْهُور وَأَسَانِيده ضَعِيفَة. وَفِي الْمَقَاصِد بِزِيَادَة «فَإِن طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسلم» وَقَالَ ضَعِيف بل قَالَ ابْن حَيَّان بَاطِل لَا أصل لَهُ وَذكره ابْن الْجَوْزِيّ فِي الموضوعات وَكَذَا نقل فِي اللآلئ عَن ابْن حَيَّان قَالَ فِي إِسْنَاده مضعفون قَالَ ووثق بعض وَفِي الْوَجِيز هُوَ عَن أنس وَفِيه أَبُو عَاتِكَة مُنكر الحَدِيث.
“Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China.” Ia diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiyy dan al-Baihaqi. Lafaznya masyhur sedangkan sanad-sanadnya lemah. Dan dalam kitab al-Maqasid dengan tambahan: “kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu satu kefarduan bagi setiap muslim.” Imam al-Sakhawi mengatakan bahawa ia adalah hadis yang daif. Bahkan Ibn Hayyan mengatakan Ia adalah hadis yang batil dan tiada asal bagi hadis tersebut. Ibn al-Jawzi menyebut hadis ini dalam kitabnya al-Maudu’at. Begitu yang dinukilkan pandangan Ibn Hayyan dalam kitab al-La’ali. Beliau berkata: Dalam sanadnya terdapat perawi-perawi yang daif. Beliau juga mengatakan bahawa sebahagian ulama menilai mereka sebagai thiqah. Dalam kitab al-Wajiz: Hadis ini diriwayatkan daripada Anas. Dalam sanad tersebut terdapat perawi yang bernama Abu ‘Atikah. Beliau ialah perawi yang meriwayatkan hadis-hadis yang Munkar.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman