Sanad-sanadnya lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China

Teks Bahasa Arab

اطلُبُوا العِلْمَ ولو بالصِّينِ

Teks Bahasa Melayu

Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Sanad-sanadnya lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«اطْلُبُوا الْعلم وَلَو بالصين» لِابْنِ عدي وَالْبَيْهَقِيّ لَفظه مَشْهُور وَأَسَانِيده ضَعِيفَة

“Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China.” Ia diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiyy dan al-Baihaqi. Lafaznya masyhur sedangkan sanad-sanadnya lemah.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.