TEKS BAHASA ARAB
حديث: اطلبوا العلم ولو في الصين، فإن العلم فريضة على كل مسلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu wajib kepada setiap muslim.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 40, hadis nombor 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره ابن الجوزي في الموضوعات، وليس كما قال؛ بل هو ضعيف.
Ibn al-Jauzi menyebut hadith ini di dalam al-Maudhu’at. Tidaklah hadith ini palsu seperti yang beliau telah katakan, sebaliknya ia daif.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.