Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: اطْلُبُوا الْعلم وَلَو فِي الصين، فَإِن الْعلم فَرِيضَة على كل مُسلم.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu wajib kepada setiap muslim.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 40, hadis no. 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره ابن الجوزي في الموضوعات، وليس كما قال؛ بل هو ضعيف.

Ibn al-Jawzi menyebut hadis ini di dalam al-Maudhu’at. Tidaklah hadis ini palsu seperti yang beliau telah katakan, sebaliknya ia daif.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.