Tuntutlah ilmu pada setiap hari Isnin dan Khamis

TEKS BAHASA ARAB

اطلبوا العلم كل اثنين وخميس، فإنه ميسر لمن طلب، وإذا أراد أحدكم حاجة، فليبكر إليها، فإني سألت ربي أن يبارك لأمتي في بكورها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuntutlah ilmu pada setiap hari Isnin dan Khamis kerana ia lebih memudahkan bagi sesiapa yang mahu menuntut ilmu. Dan jika seseorang kamu mempunyai hajat, maka hendaklah dia bersegera (pada awal pagi) mencari hajatnya itu kerana aku telah berdoa kepada Tuhanku supaya diberikan keberkatan kepada umatku pada waktu paginya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1244, hadis nombor 6350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: اطلبوا العلم كل اثنين وخميس، فإنه ميسر لمن طلب، وإذا أراد أحدكم حاجة، فليبكر إليها، فإني سألت ربي أن يبارك لأمتي في بكورها.
[عد، ((الضعيفة)) (2491)]

(Palsu)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tuntutlah ilmu pada setiap hari Isnin dan Khamis kerana ia lebih memudahkan bagi sesiapa yang mahu menuntut ilmu. Dan jika seseorang kamu mempunyai hajat, maka hendaklah dia bersegera (pada awal pagi) mencari hajatnya itu kerana aku telah berdoa kepada Tuhanku supaya diberikan keberkatan kepada umatku pada waktu paginya.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2491]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs