Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اطلبوا العِلمَ كلَّ اثنينِ وخميسٍ، فإنَّهُ ميسَّرٌ لمن طلبَ، وإذا أراد أحدُكم حاجةً، فليبَكِّر إليْها، فإنِّي سألتُ ربِّي أن يبارِكَ لأمَّتي في بُكورِها.
Teks Bahasa Melayu
Tuntutlah ilmu pada setiap hari Isnin dan Khamis kerana ia lebih memudahkan bagi sesiapa yang mahu menuntut ilmu. Dan jika seseorang kamu mempunyai hajat, maka hendaklah dia bersegera (pada awal pagi) mencari hajatnya itu kerana aku telah berdoa kepada Tuhanku supaya diberikan keberkatan kepada umatku pada waktu paginya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1244, hadis no. 6350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: اطلبوا العلم كل اثنين وخميس، فإنه ميسر لمن طلب، وإذا أراد أحدكم حاجة، فليبكر إليها، فإني سألت ربي أن يبارك لأمتي في بكورها. [عد، ((الضعيفة)) (2491)]
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tuntutlah ilmu pada setiap hari Isnin dan Khamis kerana ia lebih memudahkan bagi sesiapa yang mahu menuntut ilmu. Dan jika seseorang kamu mempunyai hajat, maka hendaklah dia bersegera (pada awal pagi) mencari hajatnya itu kerana aku telah berdoa kepada Tuhanku supaya diberikan keberkatan kepada umatku pada waktu paginya. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2491]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman