Tuntutlah ilmu pada hari Isnin kerana ia telah dipermudahkan kepada penuntutnya

TEKS BAHASA ARAB

اطلبوا العلم يوم الاثنين، فإنه ميسر لطالبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tuntutlah ilmu pada hari Isnin kerana ia telah dipermudahkan kepada penuntutnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1244, hadis nombor 6351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: اطلبوا العلم يوم الاثنين، فإنه ميسر لطالبه.
[أبو الشيخ، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، الشجري، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (2490]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tuntutlah ilmu pada hari Isnin kerana ia telah dipermudahkan kepada penuntutnya.
[Riwayat Abu al-Shaikh, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Shajari, Ibn al-Jawzi dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Daifah, no. 2490].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.