Tuntutan supaya mempunyai suatu tempat untuk bersendirian dan mengenang dosa-dosa lalu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حقيق بالمرء أن يكون له مجالس يخلو فيها، ويذكر ذنوبه؛ فيستغفر الله منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menjadi satu tuntutan agar seseorang itu mempunyai suatu tempat yang dia bersendirian padanya, untuk dia mengenang dosa-dosanya, lalu dia memohon keampunan daripada Allah SWT.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 111, hadis nombor 570. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن مسروق، قال: كفى بالمرء علما أن يخشى الله، وكفى بالمرء جهلا أن يعجب بنفسه. قال: وقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: حقيق بالمرء أن يكون له مجالس يخلو فيها، ويذكر ذنوبه؛ فيستغفر الله منها.
[هب، ((الضعيفة)) (5823)]

(Palsu)
Daripada Masruq telah berkata: Cukuplah seseorang itu dianggap berilmu sekiranya dia takut kepada Allah SWT. Dan cukuplah seseorang itu dianggap jahil sekiranya dia berasa ujub dengan dirinya. Kemudian beliau berkata: “Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Menjadi satu tuntutan agar seseorang itu mempunyai suatu tempat yang dia bersendirian padanya, untuk dia mengenang dosa-dosanya, lalu dia memohon keampunan daripada Allah SWT.”
[Riwayat al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5823]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.