Tunggulah langit sedikit cerah pada solat subuh, nescaya Allah mengampunkan kalian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أسفروا بصلاة الغداة، يغفر الله لكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tunggulah langit sedikit cerah pada solat subuh, nescaya Allah mengampunkan kalian.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 366, hadis nombor 1950. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أسفروا بصلاة الغداة، يغفر الله لكم». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (7012)].

(Sangat Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Tunggulah langit sedikit cerah pada solat subuh, nescaya Allah mengampunkan kalian". [Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7012].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.