Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أسفِروا بَصلاةِ الغَداةِ، يغفِرُ اللَّهُ لَكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Tunggulah langit sedikit cerah pada solat subuh, nescaya Allah mengampunkan kalian.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 366, hadis no. 1950. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أسفروا بصلاة الغداة، يغفر الله لكم». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (7012)].
(Sangat Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Tunggulah langit sedikit cerah pada solat subuh, nescaya Allah mengampunkan kalian". [Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7012].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman