Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tundukkanlah pandangan, tinggalkanlah golongan yang jahat, serta jauhilah amalan ahli neraka

Teks Bahasa Arab

غضُّوا الأبصارَ، واهجُروا الدُّعَّارَ، واجتَنِبوا أعمالَ أَهْلِ النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Tundukkanlah pandangan, tinggalkanlah golongan yang jahat, serta jauhilah amalan ahli neraka.

Sahabat Perawi

  1. Al-Hakam bin ‘Umair RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 72, hadis no. 341. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن الحكم بن عمير مرفوعاً: ((‌غضوا ‌الأبصار، ‌واهجروا ‌الدعار، ‌واجتنبوا ‌أعمال ‌أهل ‌النار)). [فر، ((الضعيفة))(3960)]

(Terlalu Daif) Daripada al-Ḥakam ibn ‘Umar RA secara marfū‘: “Tundukkanlah pandangan, tinggalkanlah golongan yang jahat, serta jauhilah amalan ahli neraka.’’ [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3960).

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.