Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ تَوَاضَعَ لِغَنِيٍّ لأَجْلِ غِنَاهُ ذَهَبَ ثُلُثَا دِينِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tunduk kepada orang kaya kerana kekayaannya, hilanglah 1/3 agamanya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 89, hadis no. 415. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الجد: لم أقف عليه بهذا، ثم أفاد أن عند الديلمي: حديث أبي هريرة: لعن الله فقيرا تواضع لغني من أجل ماله من فعل ذلك منهم فقد ذهب ثلثا دينه وهو ضعيف.
Al-Jadd berkata: "Aku belum pernah menemui hadith dengan lafaz ini", kemudian beliau menyebutkan faedah bahawa dalam riwayat al-Dailami ada hadith Abu Hurairah: "Allah melaknat orang fakir yang tunduk kepada orang kaya kerana hartanya. Sesiapa yang melakukan hal tersebut dalam kalangan mereka, maka hilanglah 1/3 agamanya", ia da'if.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman