Tunaikanlah yang fardu (kewajipan), terimalah rukhsah (keringanan) dan tinggalkanlah manusia

TEKS BAHASA ARAB

أدوا الفرائض، واقبلوا الرخص، ودعوا الناس؛ فقد كفيتموهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tunaikanlah yang fardu (kewajipan), terimalah rukhsah (keringanan) dan tinggalkanlah manusia kerana kalian telah mencukupkan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 805, hadis nombor 4150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أسلم، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أدوا الفرائض، واقبلوا الرخص، ودعوا الناس؛ فقد كفيتموهم)). [الحارث، ((الضعيفة)) (5525)]

(Lemah) Daripada Zaid bin Aslam, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tunaikanlah yang fardu (kewajipan), terimalah rukhsah (keringanan) dan tinggalkanlah manusia kerana kalian telah mencukupkan mereka. [Riwayat al-Ḥārith bin Abī Usāmah dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5525]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs