Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tunaikanlah yang fardu (kewajipan), terimalah rukhsah (keringanan) dan tinggalkanlah manusia

Teks Bahasa Arab

أدُّوا الفرائضَ، واقبلوا الرُّخصَ، ودعوا النَّاسَ؛ فقد كفيتموهم.

Teks Bahasa Melayu

Tunaikanlah yang fardu (kewajipan), terimalah rukhsah (keringanan) dan tinggalkanlah manusia kerana kalian telah mencukupkan mereka.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 805, hadis no. 4150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أسلم، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أدوا الفرائض، واقبلوا الرخص، ودعوا الناس؛ فقد كفيتموهم)). [الحارث، ((الضعيفة)) (5525)]

(Lemah) Daripada Zaid bin Aslam, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tunaikanlah yang fardu (kewajipan), terimalah rukhsah (keringanan) dan tinggalkanlah manusia kerana kalian telah mencukupkan mereka. [Riwayat al-Ḥārith bin Abī Usāmah dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5525]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.