Tunaikanlah hak majlis-majlis; ingatlah akan Allah dengan banyak, berilah panduan jalan dan tundukkanlah pandangan

TEKS BAHASA ARAB

أدوا حق المجالس: اذكروا الله كثيرا، وأرشدوا السبيل، وغضوا الأبصار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tunaikanlah hak majlis-majlis; ingatlah akan Allah dengan banyak, berilah panduan jalan dan tundukkanlah pandangan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 240, hadis nombor 1260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن حنيف، قال: قال أهل العالية: يا رسول الله! لا بد لنا من مجالس، قال: «أدوا حق المجالس: اذكروا الله كثيراً، وأرشدوا السبيل، وغضوا الأبصار». [طب، «الضعيفة» (6969)].

(Lemah) Daripada Sahl bin Hunayf, beliau berkata: Penduduk al-‘Aliyah berkata: “Wahai Rasulullah! Kami perlu mengadakan majlis-majlis (tempat untuk berkumpul)”. Baginda bersabda: “Tunaikanlah hak majlis-majlis; ingatlah akan Allah dengan banyak, berilah panduan jalan dan tundukkanlah pandangan”. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6969].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs