Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَدُّوا حَقَّ الْمَجَالِسِ: اذكُرُوا اللَّهِ كَثِيرًا، وَأَرْشِدُوا السَّبِيلَ، وَغُضُّوا الأَبْصَارَ.
Teks Bahasa Melayu
Tunaikanlah hak majlis-majlis; ingatlah akan Allah dengan banyak, berilah panduan jalan dan tundukkanlah pandangan.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Hunayf RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 240, hadis no. 1260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن حنيف، قال: قال أهل العالية: يا رسول الله! لا بد لنا من مجالس، قال: «أدوا حق المجالس: اذكروا الله كثيراً، وأرشدوا السبيل، وغضوا الأبصار». [طب، «الضعيفة» (6969)].
(Daif) Daripada Sahl bin Hunayf, beliau berkata: Penduduk al-‘Aliyah berkata: "Wahai Rasulullah! Kami perlu mengadakan majlis-majlis (tempat untuk berkumpul)". Baginda bersabda: "Tunaikanlah hak majlis-majlis; ingatlah akan Allah dengan banyak, berilah panduan jalan dan tundukkanlah pandangan". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6969].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman