Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تابعوا بينَ الحجِّ والعمرةِ فإنَّ متابعةً بينهما يزيدانِ في الأجلِ والرزقِ وينفيانِ الفقرَ كما ينفي الكيرُ الخَبَثَ.
Teks Bahasa Melayu
Tunaikanlah haji dan umrah secara berturut-turut. Sesungguhnya melaksanakan keduanya secara berturut-turut akan melambatkan ajal dan menambahkan rezeki dan menjauhkan kefakiran seperti tukang besi membuang kotoran-kotoran besi.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 639, hadis no. 3309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: «الأجل والرزق») عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «تابعوا بين الحج والعمرة، فإن متابعة بينهما يزيدان في الأجل والزرق وينفيان الفقر كا ينفي الكير الخبث». [حم، الحميدي، هب، الأصبهاني، «الضعيفة» (6753)].
(Munkar dengan penambahan: ajal dan rezeki) Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Tunaikanlah haji dan umrah secara berturut-turut. Sesungguhnya melaksanakan keduanya secara berturut-turut akan melambatkan ajal dan menambahkan rezeki dan menjauhkan kefakiran seperti tukang besi membuang kotoran-kotoran besi." [Riwayat Ahmad, al-Humaidi dalam musnadnya, Syu'ab al-Iman oleh al-Baihaqi dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat silsilah al-Da'ifah, no. 6753]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman