Tunaikanlah apa yang difardhukan oleh Allah ke atasmu, kamu akan menjadi manusia paling kuat beribadah

TEKS BAHASA ARAB

أد ما افترضه الله عليك تكن أعبد الناس، وأزهد فيما حرم الله عليك تكن أورع الناس، وارضى بما قسم الله لك تكن أغنى الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tunaikanlah apa yang difardhukan oleh Allah ke atasmu, kamu akan menjadi manusia paling kuat beribadah. Zuhudlah pada yang diharamkan oleh Allah ke atasmu, kamu akan menjadi manusia paling warak. Redalah dengan apa yang diagihkan oleh Allah kepadamu, kamu akan menjadi manusia paling kaya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1990, hadis nombor 9968. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يوسف بن جوان -من أهل فلسطين-، قال: خرجنا نريد الغزو، فمررت بحمص فقيل لى: ههنا رجل يحدث عن النبي صلى الله عليه وسلم، فأتيته، فإذا هو أبو أمامة الباهلي، فسمعته يحدث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((أد ما افترضه الله عليك تكن أعبد الناس، وأزهد فيما حرم الله عليك تكن أورع الناس، وارضى بما قسم الله لك تكن أغنى الناس)).
[ابن أبي حاتم في ((العلل)، ((الضعيفة)) (2192)]

(Lemah) Daripada Yusuf bin Jawan – dari kalangan penduduk Palestin, dia berkata: Kami telah keluar ingin berperang, maka aku telah melintas dengan Hims, lalu dikatakan kepadaku: Di sini ada seorang lelaki yang menceritakan daripada Nabi SAW. Maka aku pun datang kepadanya, tiba-tiba dia adalah Abu Umamah al-Bahili. Lalu aku mendengarnya menceritakan daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Tunaikanlah apa yang difardhukan oleh Allah ke atasmu, kamu akan menjadi manusia paling kuat beribadah. Zuhudlah pada yang diharamkan oleh Allah ke atasmu, kamu akan menjadi manusia paling warak. Redalah dengan apa yang diagihkan oleh Allah kepadamu, kamu akan menjadi manusia paling kaya.”
[Riwayat Ibnu Abi Hatim dalam al-’Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2192]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs