Tunaikan zakat, berikan zakat kepada ahli ilmu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أدوا الزكاة وتحروا بها أهل العلم فإنه أبر وأتقى.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tunaikan zakat, carilah (berikan zakat) kepada ahli ilmu. Sesungguhnya ia lebih baik dan lebih bertakwa.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 60, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه هبة الله بن المبارك السقطي عن عائشة مرفوعاً وهو باطل موضوع وأكثر إسناده مجاهيل.

Hibatullah bin al-Mubarak al-Saqti meriwayatkan daripada Aisyah secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini batil, palsu dan kebanyakan perawinya tidak dikenali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs