Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tunaikan zakat, berikan zakat kepada ahli ilmu

Teks Bahasa Arab

حديث: أدوا الزكاة وتحروا بها أهل العلم فإنه أبر وأتقى.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tunaikan zakat, carilah (berikan zakat) kepada ahli ilmu. Sesungguhnya ia lebih baik dan lebih bertakwa.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 60, hadis no. 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه هبة الله بن المبارك السقطي عن عائشة مرفوعاً وهو باطل موضوع وأكثر إسناده مجاهيل.

Hibatullah bin al-Mubarak al-Saqti meriwayatkan daripada Aisyah secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini batil, palsu dan kebanyakan perawinya tidak dikenali.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.