Tumbuhnya rambut (bulu) di dalam lubang hidung akan selamat daripada penyakit kusta

TEKS BAHASA ARAB

نبات الشعر في الأنف أمان من الجذام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tumbuhnya rambut (bulu) di dalam lubang hidung akan selamat daripada penyakit kusta.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1180, hadis nombor 5981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع): ((نبات الشعر في الأنف أمان من الجذام)). روي من حديث عائشة، وجابر بن عبد الله، وعبد الله بن عباس، وأبي هريرة – رضي الله عنهم -، ومجاهد موقوفا عليه. [البغوي في ((حديث كامل بن طلحة الجحدري))، ع، طس، عد، السهمي، ابن الجوزي، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (4687)]

(Palsu)
Tumbuhnya rambut (bulu) di dalam lubang hidung akan selamat daripada penyakit kusta. Hadis ini telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah, Jabir bin ‘Abdillah dan ‘Abdullah Ibn ‘Abbas, Abu Hurairah dan Mujahid RA secara mauquf kepadanya.
[Riwayat al-Baghawi dalam hadis Kamil bin Talhah, Abu Ya’la dalam Musnad Abi Ya’la, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, al-Sahmi, Ibn al-Jauzi, Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan, dan Ibn Abi Hatim dalam ‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 4687]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs