Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نباتُ الشعرِ في الأنفِ أمانٌ من الجُذامِ.
Teks Bahasa Melayu
Tumbuhnya bulu di hidung memberi keamanan (menyelamatkan) daripada penyakit kusta.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abu Hurairah RA
- ‘Aishah RA
- Jabir RA
- Mujahid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 214, hadis no. 1133. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) ((نبات الشعر في الأنف أمان من الجذام)). روي من حديث عائشة، وجابر بن وعبدالله بن عباس، وأبي هريرة - رضي الله عنهم -، ومجاهد موقوفا عليه. [البغوي في ((حديث كامل ابن طلحة الجحدري، ع، طس، عد، السهمي، ابن الجوزي، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (4687)]
(Palsu) Tumbuhnya bulu di hidung memberi keamanan (menyelamatkan) daripada penyakit kusta. Diriwayatkan daripada hadith ‘Aishah, Jabir bin ‘Abdillah, ‘Abdullah bin ‘Abbas, Abu Hurairah RA dan Mujahid secara Mauquf ‘alayh. [Riwayat al-Baghawi dalam Hadith Kamil Ibn Talhah al-Jahdari, Abu Ya'la dalam Musnad beliau, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Sahmi, Ibn al-Jauzi, Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4687]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman