Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tumbuhnya bulu di dalam hidung merupakan perlindungan daripada penyakit kusta.

Teks Bahasa Arab

نبَاتُ الشَّعْرِ فِي الأَنْفِ أَمَانٌ مِنَ الجُذَامِ.

Teks Bahasa Melayu

Tumbuhnya bulu di dalam hidung merupakan perlindungan daripada penyakit kusta.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA
  2. Abu Hurairah RA
  3. ‘Aishah RA
  4. Jabir RA
  5. Mujahid RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1180, hadis no. 5981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع): ((نبات الشعر في الأنف أمان من الجذام)). روي من حديث عائشة، وجابر بن عبد الله، وعبد الله بن عباس، وأبي هريرة - رضي الله عنهم -، ومجاهد موقوفا عليه. [البغوي في ((حديث كامل بن طلحة الجحدري))، ع، طس، عد، السهمي، ابن الجوزي، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (4687)]

(Palsu) "Tumbuhnya bulu di dalam hidung merupakan perlindungan daripada penyakit kusta." Hadis ini telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah, Jabir bin ‘Abdillah dan ‘Abdullah Ibn ‘Abbas, Abu Hurairah dan Mujahid RA secara mauquf. [Riwayat al-Baghawi dalam Hadis Kamil bin Talhah, Abu Ya’la dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, al-Sahmi, Ibn al-Jauzi, Abu Nu’aim dalam Khabar al-Asbahan, dan Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4687]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.