TEKS BAHASA ARAB
فيما سقت السماء العشر، وفيما سقي بنضح أو غرب نصف العشر في قليله وكثيره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tumbuhan yang disemai dengan air hujan sepersepuluh, apa yang disiram pada tanaman, separuh dari sepersepuluh, pada banyak atau sedikitnya.
STATUS
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 861, hadis nombor 4394. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذه الزيادة: "في قليله وكثيره") عن رجل عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((فيما سقت السماء العشر، وفيما سقي بنضح أو غرب نصف العشر في قليله وكثيره)). [أورده الزيلعي في ((نصب الراية))، ((الضعيفة)) (463)].
(Palsu dengan penambahan lafaz: "pada sedikitnya dan banyaknya")
Daripada seorang lelaki dari Rasulullah SAW: “Tumbuhan yang disemai dengan air hujan sepersepuluh, apa yang disiram pada tanaman, separuh dari sepersepuluh, pada banyak atau sedikitnya.”
[Riwayat al-Zaila’I dalam Nasb al-Rayah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 463].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.