Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tuluskanlah agama kamu, nescaya amalan yang sedikit akan memadai buatmu

Teks Bahasa Arab

أَخْلِصْ دِينَكَ، يَكْفِكَ القليلَ من العملِ.

Teks Bahasa Melayu

Tuluskanlah agama kamu, nescaya amalan yang sedikit akan memadai buatmu.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 458, hadis no. 2453.

(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-: «أخلص دينك، يكفك القليل من العمل». [ك، هب، حل، الأصبهاني، «الضعيفة» (2160)].

(Lemah) Daripada Mu’az bin Jabal RA: “Tuluskanlah agama kamu, nescaya amalan yang sedikit akan memadai buatmu.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’ dan al-Asbahani dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2160].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.