Tulislah ilmu sebelum perginya para ulama

TEKS BAHASA ARAB

اكتبوا العلم قبل ذهاب العلماء، وإنما ذهاب العلم موت العلماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tulislah ilmu sebelum perginya para ulama. Sesungguhnya perginya suatu ilmu itu dengan kematian para ulama.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1296, hadis nombor 6630. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اكتبوا العلم قبل ذهاب العلماء، وإنما ذهاب العلم موت العلماء.
[ابن النجار في ((ذيل تاريخ بغداد)) (الضعيفة) (6596)].

(Palsu)
Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tulislah ilmu sebelum perginya para ulama. Sesungguhnya hilangnya suatu ilmu itu dengan kematian para ulama.
[Riwayat Ibn al-Najjar dalam Zayl Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6596].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs