Tulisan yang baik boleh menjadikan kebenaran bertambah jelas

TEKS BAHASA ARAB

الخط الحسن يزيد الحق وضوحاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tulisan yang baik boleh menjadikan kebenaran bertambah jelas.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1265 – 1266, hadis nombor 6469. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: الخط الحسن يزيد الحق وضوحاً.
[السلفي في ((أحاديث وحكايات))، ((الضعيفة)) (3587)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tulisan yang baik boleh menjadikan kebenaran bertambah jelas.
[Riwayat al-Silafi dalam Ahadith Wa Hikayat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3587]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs