Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الخَطُّ الحَسَنُ يَزِيْدُ الحقَّ وُضُوحًاً.
Teks Bahasa Melayu
Tulisan yang baik boleh menjadikan kebenaran bertambah jelas.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1265 - 1266, hadis no. 6469. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: الخط الحسن يزيد الحق وضوحاً. [السلفي في ((أحاديث وحكايات))، ((الضعيفة)) (3587)].
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tulisan yang baik boleh menjadikan kebenaran bertambah jelas. [Riwayat al-Silafi dalam Ahadith Wa Hikayat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3587]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman