Tukang cerita menunggu kemarahan

TEKS BAHASA ARAB

لقاص ينتظر المقت والمستمع ينتظر الرحمة والتاجر ينتظر الرزق والمحتكر ينتظر اللعنة والنائحة ومن حولها من امرأة مستمعة عليهن لعنة الله والملائكة والناس أجمعين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tukang cerita menunggu kemarahan, orang yang mendengar (ilmu agama) menunggu rahmat, peniaga yang jujur menunggu rezeki, orang yang melakukan sorokan barang menunggu laknat, dan wanita yang meratap serta wanita-wanita disekeliling yang mendengar ke atas mereka itu laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 61, hadis nombor 342. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Bassyar bin Ibrahim al-Ansari, beliau seorang pemalsu hadith. Al-Hafiz al-‘Iraqi berkats dalam al-Ba’ith ‘Ala al-Khallas Min Akazib al-Qussas: Tidak sahih, kerana al-Tabarani meriwayatkannya daripada guru beliau daripada ‘Abdullah bin Ayyub al-Qarabi, al-Daraqutni berkata: Matruk (ditinggalkan hadithnya), demikian juga Ibn al-Jawzi berkata bahawa ia palsu.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs