Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْقَاصُّ يَنْتَظِرُ المَقْتَ وَالمُسْتَمِعُ يَنْتَظِرُ الرَّحْمَةَ وَالتَّاجِرُ يَنْتَظِرُ الرِّزْقَ وَالمُحْتَكِرُ يَنْتَظِرُ اللَّعْنَةَ وَالنَّائِحَةُ وَمَنْ حَوْلَهَا مِنِ امْرَأَةٍ مُسْتَمِعَةٍ عَلَيْهِنَّ لَعْنَةُ الله وَالمَلاَئِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Tukang cerita menunggu kemarahan, orang yang mendengar (ilmu agama) menunggu rahmat, peniaga yang jujur menunggu rezeki, orang yang melakukan sorokan barang menunggu laknat, dan wanita yang meratap serta wanita-wanita disekeliling yang mendengar ke atas mereka itu laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 61, hadis no. 342. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Bassyar bin Ibrahim al-Ansari, beliau seorang pemalsu hadith. Al-Hafiz al-'Iraqi berkats dalam al-Ba'ith 'Ala al-Khallas Min Akazib al-Qussas: Tidak sahih, kerana al-Tabarani meriwayatkannya daripada guru beliau daripada 'Abdullah bin Ayyub al-Qarabi, al-Daraqutni berkata: Matruk (ditinggalkan hadithnya), demikian juga Ibn al-Jawzi berkata bahawa ia palsu.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman