Tukang azan yang mengharapkan pahala itu umpama seorang yang syahid

TEKS BAHASA ARAB

المؤذن المحتسب كالشهيد المتشحط في دمه، يتمنى على الله ما يشتهي بين الأذان والإقامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tukang azan yang mengharapkan pahala itu umpama seorang yang syahid yang bergelumang dalam darahnya, dia berharap kepada Allah apa yang dia idamkan antara azan dan iqamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 355, hadis nombor 1890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: «المؤذِّنُ المحتسِبُ كالشَّهيدِ المتشحِّطِ في دمِه، يتمنَّى على اللهِ ما يشتَهي بين الأذانِ والإقامةِ». [طس، أبو بكر المطرز في «الأمالي القديمة»، «الضعيفة» (852)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tukang azan yang mengharapkan pahala itu umpama seorang yang syahid yang bergelumang dalam darahnya, dia berharap kepada Allah apa yang dia idamkan antara azan dan iqamat". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Bakr al-Mutarriz dalam al-Amali al-Qadimah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 852].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs