Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tukang azan yang mengharapkan pahala itu umpama orang mati syahid

Teks Bahasa Arab

المؤذِّنُ المحتسبُ كالشَّهيدِ يتشَّحطُ في دمِه حتَّى يفرغَ من أذانِه، ويشهدُ له كلُّ رطبٍ ويابسٍ، وإذا مات لم يُدَوِّدْ في قبرِه.

Teks Bahasa Melayu

Tukang azan yang mengharapkan pahala itu umpama orang mati syahid yang bergelumang dalam darahnya sehingga ia selesai dari mengumandangkan azannya. Setiap yang basah dan yang kering akan menjadi saksi buatnya. Apabila dia meninggal dunia, kuburnya tidak akan berulat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 355, hadis no. 1889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: «المؤذِّنُ المحتسبُ كالشَّهيدِ يتشَّحطُ في دمِه حتَّى يفرغَ من أذانِه، ويشهدُ له كلُّ رطبٍ ويابسٍ، وإذا مات لم يُدَوِّدْ في قبرِه». [طب، «الضعيفة» (853)].

(Terlalu Daif) Daripada Ibn Umar RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tukang azan yang mengharapkan pahala itu umpama orang mati syahid yang bergelumang dalam darahnya sehingga ia selesai dari mengumandangkan azannya. Setiap yang basah dan yang kering akan menjadi saksi buatnya. Apabila dia meninggal dunia, kuburnya tidak akan berulat". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 853].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.