Tujuh puluh ribu orang akan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab

TEKS BAHASA ARAB

ليدخلن بشفاعة عثمان سبعون ألفا – كلهم قد استوجبوا النار – الجنة بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tujuh puluh ribu orang akan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab dengan syafaat Uthman di mana kesemua mereka sepatutnya masuk ke dalam neraka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1897, hadis nombor 9535. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: ليدخلن بشفاعة عثمان سبعون ألفاً كلهم قد استوجبوا النار الجنة بغير حساب.
[ ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5210)]

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tujuh puluh ribu orang akan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab dengan syafaat Uthman di mana kesemua mereka sepatutnya masuk ke dalam neraka.”
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5210]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs