Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليدخُلنَّ بشفاعةِ عثمانَ سبعونَ ألفًا - كلُّهم قدِ استوجَبوا النارَ - الجنةَ بغيرِ حسابٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tujuh puluh ribu orang akan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab dengan syafaat Uthman di mana kesemua mereka sepatutnya masuk ke dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1897, hadis no. 9535. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: ليدخلن بشفاعة عثمان سبعون ألفاً كلهم قد استوجبوا النار الجنة بغير حساب. [ ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5210)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tujuh puluh ribu orang akan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab dengan syafaat Uthman di mana kesemua mereka sepatutnya masuk ke dalam neraka. [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5210]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman