Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tujuh puluh penulis (malaikat) penat selama 1000 pagi

Teks Bahasa Arab

مَن، قالَ: جزَى اللَّهُ عنَّا محمَّدًا ﷺ بما هوَ أهلُهُ، أتعَبَ سبعينَ كاتبًا ألفَ صَباحٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mengucapkan: Semoga Allah membalas bagi pihak kita terhadap Muhammad SAW dengan balasan yang layak untuk Baginda, dia telah memenatkan 70 penulis (malaikat) selama 1000 pagi.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1420, hadis no. 7210. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: من، قال: جزى الله عنا محمدا ﷺ بما هو أهله، أتعب سبعين كاتبا ألف صباح. [طب، حل، ابن شاهين، ابو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1077)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengucapkan: Semoga Allah membalas bagi pihak kita terhadap Muhammad SAW dengan balasan yang layak untuk Baginda, dia telah memenatkan 70 penulis (malaikat) selama 1000 pagi. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Ibn Shahin dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1077]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.