TEKS BAHASA ARAB
أسست السماوات السبع والأرضون السبع على قل هو الله أحد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi di asaskan atas surah al-Ikhlas.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1406, hadis nombor 7134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: أسست السماوات السبع والأرضون السبع على قل هو الله أحد.
[الخلعي في ((الفوائد))، الدينوري، ((الضعيفة)) (592)]
(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi di asaskan atas surah al-Ikhlas.
[Riwayat al-Khala'ei dalam al-Fawa'id dan al-Dinuri. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 592]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.