Tujuh perkara daripada sunnah berkaitan dengan kanak-kanak pada hari yang ketujuh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سبعة من السنة في الصبي يوم السابع: يسمى، ويختن، ويماط عنه الأذى، ويثقب أذنه، ويعق عنه، ويحلق رأسه، ويلطخ بدم عقيقته، ويتصدق بوزن شعره في رأسه ذهبا أو فضة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tujuh perkara daripada sunnah berkaitan dengan kanak-kanak pada hari yang ketujuh: diberikan nama, dikhatankan, dijauhkan mudarat daripadanya, ditindik telinganya, dilaksanakan akikah untuknya, dicukur kepalanya, dilumurkan dengan darah sembelihan akikahnya dan disedekahkan emas atau perak dengan kadar timbangan rambut pada kepalanya.

STATUS

Munkar apabila sempurna begini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 416, hadis nombor 2240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: «سَبْعَةٌ مِنَ السُّنَّةِ فِي الصَّبِيِّ يَوْمَ السَّابِعِ: يُسَمَّى، وَيُخْتَنُ، وَيُمَاطُ عَنْهُ الْأَذَى، وَيُثْقَبُ أُذُنُهُ، وَيُعَقُّ عَنْهُ، وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ، وَيُلطَّخُ بِدَمِ عَقِيْقَتِهِ، وَيُتَصَدَّقُ بِوَزْنِ شَعْرِهِ فِي رَأْسِهِ ذَهَبًا أَوْ فِضَّةً». [طس، «الضعيفة» (5432)].

(Munkar Apabila Sempurna Begini) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: "Tujuh perkara daripada sunnah berkaitan dengan kanak-kanak pada hari yang ketujuh: diberikan nama, dikhatankan, dijauhkan mudarat daripadanya, ditindik telinganya, dilaksanakan akikah untuknya, dicukur kepalanya, dilumurkan dengan darah sembelihan akikahnya dan disedekahkan emas atau perak dengan kadar timbangan rambut pada kepalanya". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 5432].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.