Tujuh golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سبعة لا ينظر الله -عز وجل- إليهم يوم القيامة، ولا يزكيهم، ويقول: ادخلوا النار مع الداخلين: الفاعل، والمفعول به، والناكح يده، وناكح البهيمة، وناكح المرأة في دبرها، وناكح المرأة وابنتها، والزاني بحليلة جاره، والمؤذي لجاره حتى يلعنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tujuh golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat, Allah tidak akan membersihkan mereka dari dosa dan Allah akan berkata: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang memasukinya: Orang yang melakukan, orang yang diperlakukan, orang yang berkahwin dengan tangannya (melakukan onani), orang yang bersetubuh dengan binatang, orang yang bersetubuh dengan wanita melalui duburnya, orang yang bersetubuh dengan wanita beserta anak perempuannya, orang yang berzina dengan isteri jirannya serta orang yang mengganggu jirannya sehingga dia melaknatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 766, hadis nombor 3904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو -رضي الله عنها – مرفوعاً: «سبعة لا ينظر الله -عز وجل- إليهم يوم القيامة، ولا يزكيهم، ويقول: ادخلوا النار مع الداخلين: الفاعل، والمفعول به، والناكح يده، وناكح البهيمة، وناكح المرأة في دبرها، وناكح المرأة وابنتها، والزاني بحليلة جاره، والمؤذي لجاره حتى يلعنه». [ابن بشران، «الضعيفة» (319)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’: “Tujuh golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat, Allah tidak akan membersihkan mereka dari dosa dan Allah akan berkata: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang memasukinya: Orang yang melakukan, orang yang diperlakukan, orang yang berkahwin dengan tangannya (melakukan onani), orang yang bersetubuh dengan binatang, orang yang bersetubuh dengan wanita melalui duburnya, orang yang bersetubuh dengan wanita beserta anak perempuannya, orang yang berzina dengan isteri jirannya serta orang yang mengganggu jirannya sehingga dia melaknatnya.” [Riwayat Ibn Busyran dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 319]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.